Mengikut rencana,Kongres Budaya Banjar ke-3 akan diadakan pada tahun 2013.
Saya harap kongres berkenaan akan berlangsung pada tarikh tersebut.
Saya berharap akan dapat menghadirinya.
January 8, 2012
Kongres Budaya Banjar
Kongres Budaya Banjar
Mengikut rencana Kongres Budaya Banjar ke-3 akan diadakan pada tahun 2013. Saya harap akan diadakan mengikut rencana, walaupun masanya lama lagi.
Sekiranya kongres itu jadi dilangsungkan, saya berharap akan dapat pergi ke Banjar untuk menghadirinya.
November 9, 2011
Abang sepupu ingin ke Banjar
Seorang abang sepupu saya, anak saudaranya dan dua orang adik sepupu mungkin akan ke Banjar akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Saya harap mereka tiada apa-apa halangan, dan akan dapat berjumpa dengan keluarga kami di Banjar.
October 24, 2011
Ke Banjar
Seorang sepupu saya mengajak saya ke Banjar hujung tahun ini atau awal tahun depan.Tapi saya ada rancangan lain ; hendak ke Yogya atau ke tempat lain terlebih dahulu.
Jadi saya tak dapat pergi bersamanya. Mungkin tahun 2013, saya akan ke Banjar, jika Kongres Budaya Banjar ke-3 diadakan pada tahun tersebut.
Selamat Bertemu Kembali
Saya menulis kembali dalam blog ini setelah saya tinggalkan agak lama.
January 4, 2010
Mencari keluarga di Tembilahan
Saya cucu Andin Amin yang berasal dari Barabai, Kalsel percaya masih mempunyai keluarga atau saudara mara di Tembilahan atau tempat lain di Sumatera. Antaranya ialah anak cucu Hajah Sarimbun, sepupu datuk saya.
Hajah Sarimbun dipercayai berhijrah dari Kalsel ke Tembilahann pada awal abad ke-20 (mungkin awal tahun 1920-an). Beliau diingati oleh keluarga kami di Malaysia sebagai seorang yang warak dan berpuasa selama 3 bulan berturut-turut pada tiap-tiap tahun.
Meskipun kini Hajah Sarimbun telah meninggal dunia, tetapi anak cucunya mungkin masih ada, sama ada di Tembilahan atau di tempat lain di Sumatera (di Riau misalnya).
Oleh itu, jika anak cucu Hajah Sarimbun terbaca posting saya ini, saya harap mereka tidak keberatan menghubungi saya. Begitu juga, jika ada orang lain yang mengenali mereka, saya tentunya sangat berterima kasih jika anda dapat memaklumkan hal itu kepada saya. (No. HP saya: 6012-9331545. Emel: el.salleh@gmail.com)
January 3, 2010
Melawat Kalsel
Saya bercadang akan melawat Kalsel pada cuti sekolah bulan Jun ini. Kulaan nang handak umpat dialu-alukan.
April 16, 2008
Catatan lawatan ke Banua
Sebenarnya saya telah menulis beberapa catatan ringkas tentang kunjungan saya ke Banua dari 10 Mac hingga 15 Mac 2008 dalam blog saya: http://kulaan-banjar.blogspot.com Saya bercadang akan menulis catatan yang lebih panjang dalam blog saya yang lain: http://dibanjar.blogspot.com. Bagaimanapun, saya tidak dapat melakukannya dengan serta merta, dan saya bercadang akan menulisnya secara beransur-ansur.
Berkunjung ke Banua
Setelah tertangguh beberapa kali, akhirnya jadi jua saya dan isteri berkunjung ke Banua pada 10 Mac hingga 15 Mac 2008 yang lalu.
Sebagai kunjungan kali pertama, kami mengalami pelbagai pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.
Terima kasih kepada semua kulaan dan kenalan yang telah memberi layanan yang sangat memuaskan kepada kami. Mudah-mudahan akan terus terjalin perhubungan persaudaraan antara kita.
Semoga berjumpa lagi. Salam dari Malaysia.