Tangan saya terasa gatal hendak menulis tentang Persatuan Banjar Malaysia (PBM). Akan tetapi, apakah yang patut saya tulis?
Beberapa tahun yang lalu, ketika PBM baru ditubuhkan, kewujudannya terasa mempunyai arti yang penting. Di bawah pimpinan Sabran Alas, seorang ahli perniagaan Banjar yang berjaya, PBM begitu aktif. PBM mengadakan beberapa kali lawatan ke Banjarmasin dan jamuan di hotel dan restoran terkenal. PBM mengeluarkan buletin yang diberi nama Kayuh Baimbai secara berkala dan teratur. Sabran Alas sendiri mengadakan jamuan hari raya untuk ahli PBM di rumahnya pada tiap-tiap tahun.
Bagaimanapun, kemerosotan PBM bermula apabila Sabran Alas jatuh sakit, dan pimpinan PBM, khasnya Yang Dipertua dan Setiausahanya bertukar tangan.
Selepas mesyuarat agung tahun 2005 khasnya, PBM boleh dikatakan tidak lagi mengadakan apa-apa aktiviti, kecuali agaknya mengadakan mesyuarat AJK. Akan tetapi, ahli-ahli tidak diberitahu apa yang dimesyuaratkan. Ahli-ahli menganggap PBM telah lumpuh.
Apabila “diusik-usik” dalam laman Ayuhak Berpandir, seorang orang kuatnya menyatakan PBM kini dipimpin oleh seorang tokoh yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. PBM dikatakan bukan sahaja berpandu kepada perlembagaannya, tetapi juga kepada hukum Islam.
Malangnya tentang “kelumpuhan” PBM sekarang, beliau tidak menerangkan apakah sebenarnya masalah PBM dan mengapa PBM menjadi lumpuh.
Sementara itu, sejak dua tahun yang lalu, ahli PBM di Bandar Baru Bangi telah mengadakan aktiviti mereka sendiri, seperti mengadakan perjumpaan di Port Dickson dan Kenduri Tahlil di Bandar Baru Bangi. Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, walaupun dikatakan tidak mendapat sokongan daripada PBM (Pusat).
Persoalannya sekarang, adakah PBM akan terus “berdiam diri” atau akan cuba mengorak langkah untuk mengatasi kelemahannya?
PBM adalah satu-satunya persatuan orang Banjar yang boleh menyatukan orang Banjar dan mengekalkan identiti orang Banjar. Adalah malang jika persatuan ini dibatalkan pendaftarannya, kerana “kelemahan” pucuk pimpinannya atau sebab-sebab lain yang mereka sahaja mengetahuinya.
Oleh itu, semua orang Banjar, sama ada yang telah menjadi ahli atau yang belum menjadi ahli PBM, patut mencari jalan untuk menggerakkan semula persatuan ini.
Mengikut perkembangan terbaru, PBM telah mengadakan mesyuarat penting pada 24 Disember 2006 PBM nampaknya telah bangun dari tidur nyenyak setelah diusi oleh “Salam”. PBM
dikatakan akan mengadakan reformasi. Kita lihatlah perkembangan seterusnya.
Comment by Harat — December 27, 2006 @ 11:13 am