Setelah “digerakkan” oleh seorang penulis yang memakai nama samaran “Salam, PBM dikatakan akan bergerak semula mulai tahun hadapan. Malah seorang penulis menyatakan PBM akan melakukan reformasi.
Kita tidak dijelaskan apa yang dimaksudkan dengan reformasi, dan apa yang akan dilakukan oleh PBM secara terperinci. Namun, secara tidak rasmi penulis berkenaan membayangkan bahawa PBM telah merancangkan perkara berikut:
a) Mesyuarat Agung akan diadakan di Sungai Besar pada 4 Mac 2007.
b) Akan mengadakan “Simposium Banjar”. Tapi tak tahu entah bila; mungkin tahun hadapan juga.
c) Akan mengadakan “Koperasi Kulaan”. Ini satu idea yang bagus. Akan tetapi, belumlah dapat dipastikan sama ada akan dapat dilaksanakan atau tidak. Lagipun ahli PBM bukannya ramai, dan belum diketahui siapa yang berminat dengan projek itu.
does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?
Comment by Yaz Okulu — March 27, 2008 @ 11:14 pm