Kunjungan kali ke-4 ke Kalsel

Pada bulan Mac yang lalu, saya ke Kalsel dari  22 hingga 27/3/2014.  Saya ke Kalsel bersama isteri. Ini kunjungan ke-4 bagi saya dan ke-3 bagi isteri saya.

Banyak kawan dan kenalan yang dapat saya temui. Perbincangan dengan mereka dapat memberi  sedikit sebanyak bahan tentang “sifat dan watak orang Banjar”  yang sedang saya pelajari.

Sayang kunjungan ke Barabai  tidak banyak membantu saya untuk mendapat maklumat yang lebih jelas tentang migrasi 
Datuk saya , Andin Amin ke Malaysia. Informan yang dapat saya temui  bukan orang tua yang boleh  memberi maklumat tentang zaman Datuk saya. Mungkin saya perlu mencari informan yang lain.

Mengkaji sifat dan watak manusia Banjar

Saya dapati di Indonesia ada beberapa tulisan tentang sifat  dan watak suku  tertentu, seperti suku Bugis, Madura, Aceh, Batak dll. Tapi saya belum jumpa tulisan tentang  sifat dan watak orang Banjar atau manusia Banjar.

Salah satu tujuan saya ke Banjar mulai 22/3/2014 ini adalah untuk mengetahui hal ini. Jika keadaan memungkinkan saya ingin berdiskusi dengan tokoh-tokoh Banjar yang ada maklumat tentang hal itu.

Tujuan saya adalah untuk menulis satu makalah atau bab buku tentang hal berkenaan.

 

 

Mencari keturunan Haji Mohsin di Pontianak

Sudah beberapa kali saya menulis di sini  untuk menyatakan  bahawa saya mencari keluarga saya di Tembilahan, iaitu keturunan sepupu datuk saya, Hajah Sarimbun. Tapi nampaknya  belum ada respons dari sesiapa.

Sekarang saya ingin mencari keluarga saya di Pontianak pula, iaitu keturunan Haji Mohsin yang berasal dari  Barabai  atau Banjarmasin (?).

Saya dengar di Pontianak ada kampung yang diberi nama  Kg. Haji Mohsin atau Parit Haji Mohsin, iaitu mengambil sempena nama beliau.

Adakah anak cucu beliau di Pontianak pada masa ini. Jika ada, harap tidak keberatan menghubungi saya: Alamat emel: el.salleh@gmail.com

 

 

 

 

PAS mahu jadi MB Selangor?

Saya tertarik  tentang pendirian Pemuda PAS  mengenai  PRK Kajang dan bakal MB Selangor yang  baru.

Pada peringkat awal ada pemimpin PAS di Selangor yang tidak mahu menyokong calon PKR (Anwar)   bertanding di Kajang. Akan tetapi, pendirian mereka berubah selepas pucuk pimpinan PAS mengambil sikap menyokong Anwar bertanding di Kajang.

Kalau tidak silap, pimpinan Pemuda PAS Pusat  pun akhirnya mengambil pendirian yang  demikian. Cuma mereka tidak mahu Anwar nanti mengambil  alih jawatan MB.

Pendirian Pemuda PAS Pusat ini sebenarnya agak pelik  dan menimbulkan banyak tanda tanya. Jika mereka tidak mahu Anwar menjadi MB, adakah mereka mahu Khalid terus menjadi MB? Atau adakah PAS pun berminat menjadi MB?

Gambar 1989

Gambar 1989

Image

Di A Famosa, Melaka 1/2/2014

Di  A Famosa, Melaka 1/2/2014

Image

Di PD 1/2/2014

Di PD 1/2/2014

Image

Previous Older Entries